Thursday 12 January 2012

24 - 25 hb 12 2011, Perjalanan yang padat.

24 hb 12 2011, hari ni hari bersejarah my agen iaitu Roseizzawaty, Majlis perkahwinanya di adakan di Tasik Titiwangsa K.L , majlis begitu meriah dengan suasan sepoi2 bahasa, semoga pernikahan 2 hati ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.


Selepas Majlis di Titiwangsa terus balik ke Perak untuk menghadiri perkahwinan sepupu, iaitu anak mak Anjang Faris, sampai je dekat Teluk Intan dah petang dan terus lepak kejap makan2 dengan santai sebab kami cuma bertiga jer masa tu, anak kami yang 2 org lagi, awal2 dah pos dekat opahnye sebab dia orang nak pergi sg.kelah, tempat air terjun dan kolam air panas. Lalu kat Sungkai tadi igt nak lepak dengan dia org...memandangkan dan petang terus jer ke teluk intan.

Kami sampai jer ada rumah home stay disediakan utk kami, bertuah sungguh jadi sepupu Faris penginapan dan keselasaan kami dijaga begitu rapi...alhamdulillah..., majlis malamnye ada tepukan rebana, memang adat kami di Perak sebelah mlmnye mmg ada majlis yang begitu...kalau ada arwah abah mesti meriah...rindu kat abah...tapi terubat bila tengok Pak Nagh Medan (adik abah) terubat rasa rindu, tengok video ye..


Palukan Rebana begitu mengasyikkan


Malam tu juga ada persiapan di dewan, meriah sungguh didewan, pelbagai ragam, pelbagai program di atur utk esok tapi kebanyakan program yg di aturkan adalah rahsia...pelbagai hadiah dan nombor bertuah pun ada....sambil2 tu tengoklah gambar2 yg sempat dirakankan pada mlm tu..













sempat kemaskan gif tetamu utk esok





Program utk hari yang di tunggu2 telah tiba...byk kejutan dan rancangan yang diaturkan dari bersanding dan program utk mlm pun ada...ni adalah beberapa gambar yg sempat di rakamkan...mlm tu siap ada setiap keluarga kene buat persembahan. 




Pengantin sama cantik sama padan


sempat menjadi penyambut tetamu


posing dari pengantin lama


dah berpunya sepupu aku ni..



Selesai malam tu pun hampir pukul 1 pagi, saya bergegas utk balik K.L, ish...rasanya malas nak balik malam tu tapi disebabkan ada byk tugas yang harus diselesaikan...sampai Bangi pukul  4 pagi kesian En. suami memandu keseorangan nasib baik dia telan VCO...tu yang cergas semacam...jer...






No comments:

Post a Comment