Monday, 30 May 2011

Percutian ke Sabah 08 - 10 Mei 2011

Salam semua, lama betul dah tak up date blog....ni sekarang nak cerita pasal bercuti ke Sabah.

Hari pertama - Jam 3 pagi dah bangun nak bersiap ke airport semua kelengkapan dah siap pada petang Sabtu, masa kejutkan anak2 pun senang jer sebab mereka dah teruja nak pergi ke sabah cuma yg si kecik ni Muhammad Hadif susah sikit nangis nak tido lagi. Kul 4.15pagi kami bertolak ke LCCT dengan menyewa teksi kerana tak nak menyusahkan sesiapa utk menghantar kami pada pagi2 buta ni.




 sewa teksi dalam RM80.00 henget jer. Sampai kat LCCT ingatkan takde org sangat rupa2 ramai gak pagi2 ni nak terbangkan so beraturlah nak amik boarding pass masuk, sampai pun tengok jam awal lagi so..gi sooru jap tak  pernah di buat sebelum ni makan pagi2 buta kat Mcdonal dalam kul 5 pagi, makan ala kadar utk lapik perut si kecik tu mula muntah2 mual agaknya bangun pagi2 bila lepas makan dia ok.

lapar.. munkin mlm tadi tido awal so lapar lah





Lepas makan kami masuk ke tempat menunggu dan masa tu dah kul 5.45pagi duduk sekejap dan tak lama tu kami pun di panggil utk beratur masuk ke dalam pesawat.


Dalam kapal terbang semua anak2 kalau boleh nak duduk tepi tingkap tapi si abang mmg tak boleh nak mengalah tapi si adik ok..faham di pujuk tapi masih tak nak kene pakai tali pinggang mmg susah betul budak kecik ni...pakai lepas, pakai lepas ish..ish...budak ni . Semua rasa tak sabar dan  cakap bila nak sampai ni..lamenye...sampai si abang tertido.





Sampai jer dkt sana kami terus menunggu kereta sewa yg telah di janjikan sebelum kesini lagi tapi just janji gitu2 jer...tunggu-tunggu tak muncul2, haby call tak angkat, haby suruh saya call lak, pun tak angkat sampai semua yang turun sama dengan kami dah takde kat situ yang saya dah mula marah2 kat haby, mana ni bang, abang janji betul ke ni dan suruh haby sewa je kereta dekat situ jer, dalam tengah isi borang tu baru lah org tu call balik dan dia kata dia ada emargency so dia kata dlm 15 minit dia dtg kene tunggu lagi...tunggu lama gak lah baru dia datang naik boring dah kat situ ish..ish..dah spoil dah percutian kami rasanya...muka pun dah naik masam tapi bila dia sampai dan berkenalan dengan orgnya (En. Ibnor) mmg rasa lega dan ok semula banyaklah dia terangkan kemana dekat mana nak shoping dekat mana macam mana nak dapat kurang dan lain2. oh..lupa ek sewa keta Viva RM120 jer sehari tapi masa tu dah kul 11 dan terus jer nak gi makan so en.Ibnor tu cakap kalau nak makan kat tempat ni dia macam food court tapi stail hotel lah kat situ bersih dan halal so kita org pun lepak kat situ utk makan tengah hari dia kata kalau nak cari tempat lain boleh tapi buang masa jer kalau nak terus ke kundangsang kene gi awal sbb kalau kat sana 4-5 ptg dah nak gelap so kita org pun tak fikir panjang terus jer lepak kat sini.






Lepas makan kita org pun teruskan perjalanan ke kundangsang mula2 tengok peta yg ada terus jer...masalah dekat Sabah ni tak banyak sainbord susah sikit so kene rajin tanya org, mata saya pun dah naik mengantuk so haby terus jer yg lain2 pun lalok dalam sedap lelap jap rasa kereta ni lain macam kenapa bunyi dia semacam dan rasa tak sedap hati cakap dengan haby dia kata berat sbb naik bukit, so ckp dengan dia tak yah pakai aircon tapi still macam tak ok..so suruh haby berhenti end chek ermm...rupa2nya..tayar pancit...kuang2..lagi lah rasa lelah betul...tapi sian kat haby dia lah yg bersusah payah buat semua tu tengok jam pun dah kul 3 lebih, naik atas pun belum lagi so tukar tayar spair yg ada tapi tayar tu pun macam tak cukup angin dan haby call en.ibnor tu dia kata ok tukar tayar tu tapi macam tak best betul....siap jer tukar tayar hari pun hujan dengan lebatnya...alhamdullilah...kalau tak mahu jer kami semua basah masa menukar tayar tadi ni.








nak gelak pun ada kalau terkenangkan.....hujan punya lebat tapi kami redah dengan tayar macam tu mmg risau sampai betul2 kat Ranau kami nampak ada kedai tayar buka dan kami call en,ibnor tu dan kami kata kami rasa nak tukar jer tayar tu...so en.ibnor tu faham dan bagi kami tukar tayar baru dan nanti dia bayar balik tayar baru RM130, tayar second hand RM90...baik amik jer tayar baru tapi en.ibnor tu cakap dan minta maaf kat kami sebab masalah tu dan dia cakap takpe bang kalau macam tu kami lewatkan masa penghantaran pulangan kereta tu ke pukul 3 ptg. Habis jer kes tayar tu kita org cari hotel tapi dah terlepas sebenarnya hotel kita org tu dkt dgn kedai tayar tadi cuma kat atas bukit sikit dan jalan2 kat situ tengah di perbaiki utk lebar kan jln dan tar...habis tu nak wat macam mana, kata haby kit terus jer cari hot poring tempat air terjun dan kolam air panas, masuk kat tpt air panas tu kene bayar tau dewasa rm4.00, kanak rm1 henget jer..kalau tak silap lah...saja jer sbb dah terlajak habis tu jln sekali ler tapi masa tu pun dah kul 4 ptg habis nak kata mandi2 memang takdelahkan cuma rendam2 kaki jer yg anak2 mmg melompat2 nak mandi dlm kolam air panas tapi memandangkan jam pun dah kul berapa suami ajak pergi cari hotel yg terlepas jauh tadi.










balik pun sesat sikit tapi nasib baik..tanya org...orang kat sana ramah dan baik cuma bahasa dia lain sikit mula2 rasa kekok tapi tengok dia org mmg baik dan cepat mesra..alhamdulilah...allah permudahkan segalanya utk kami disana...
Bila cari hotel tak lama kemudia baru jumpa berpusing2 da...mcm gasing masa tu pun dah kul 6ptg mmg macam nak senje jer cuaca kat sini pun sejuk...tak tahan...daftar masuk hotel dan mandi2 solat sana awal lepas tu terus pergi makan malam dalam kul 7.30mlm sana dah macam 9mlm pada hal baru kul 7, lepas tu kita org turun makan kat hotel jer makan malam disediakan utk 2 org jer (secara hidang) boleh pilih lauk dalam menu tu ada2 jenis lauk, 2 jenis sayur, 2 jenis sup tapi leh pilih 1 jer kalau sup dan desert leh pilih 2 so tambah nasi lagi 3 igt tak cukup lauk nanti haby nak tambah...tapi bila tengok lauk yg dihidang tu lebih dari cukup ...memang best..sampai licin..







Bila nak naik tu posing kejap tapi tak tahan nak pergi ke luar amat2 sejuk lagi satu sebab mata pun dah mengantuk dan keletihan lepak kat bilik bancuh kopi lepak kejap tengok tv dan sebelum tido tu rasa muka dan kulit kering mungkin di sebabkan perubahan cuaca tapi lepas pakai VCO sapu seluruh muka, tangan dan kaki rasa best sangat siap sapu kat anak dara dan yg lain pun nak gak selepas tu masing2 tido dlm kesejukan.

Hari kedua : Pagi lagi dah bangun 5.30pagi sembahyang dan tengok gunung kinabalu kul 6pagi kat sana dah terang best sangat hirup udara segar...kejutkan anak yanh sedang di ulik mimpi dengan kesejukan masing2 tak nak bangun tapi bila di buka tingkap selapang2nya bangun dan terus bersiap utk pergi view kinabali dekat kawasan hotel tu jer tapi lepak kat situ best...pergi kat sini takde org sangat sebab bukan waktu cuti sekolah jadi keadaan lebih selesa kerana kami sahaja yang berada di sini nak melompat ke hape tak jadi hal tak yah nak malu2


















Cerita ni belum habis lagi tau nanti saya up date lagi ek....

1 comment:

  1. Wow, look like u have visited to many nice places in Sabah.
    i wonder have u visit to Desa Dairy Cow Farm, where the only place in Sabah you feel like being in New Zealand?

    ReplyDelete